Orang Cina seberang laut

Orang Cina seberang laut merupakan orang-orang yang berketurunan Cina yang menetap di luar rantau China Raya, termasuklah Taiwan, Hong Kong dan Makau. (Ini termasuk wilayah-wilayah yang ditadbir oleh kedua-dua kerajaan yang bermusuhan; Republik Rakyat China (PRC) dan Republik China (ROC).) Tambahan pula, kerajaan ROC pernah mengurniakan para penduduk Hong Kong dan Makau dengan "Status Orang Cina Seberang Laut" sebelum pengembalian kedua-dua wilayah tersebut kepada pemerintahan Beijing, agar definasi ini bolehlah merangkumi warga-warganya. Orang-orang yang separa keturunan Cina boleh menganggap diri mereka sebagai orang Cina seberang laut.Istilah Orang Cina seberang laut ini amatlah kabur mengenai sama ada ini merujuk kepada mana-mana kelompok etnik yang tinggal di China (definasi luas, Zhonghua minzu) atau hanya suku bangsa Han (definasi terperinci). Minoriti bangsa Korea dari China yang tinggal di Korea Selatan kini sering dianggap dalam pembancian sebagai orang Cina seberang laut, kerana etnik Korea ini juga menganggap diri mereka sebagai sebahagian bangsa China. Di Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Singapura, suku Peranakan digolongkan sebagai orang Cina sungguhpun telah berasimilasi secara separa ke dalam budaya Melayu.Satu kajian yang pernah dilakukan terhadap orang Cina seberang laut menetapkan sebilangan kriteria bagi mengenal pasti orang Cina seberang laut bukan berbangsa Han: terdapat bukti keturunan daripada kelompok-kelompok yang tinggal di dalam atau berasal dari China, mereka masih mengekalkan budaya mereka, mengaitkan diri mereka dengan budaya China atau mengakui asal mereka dari China, dan bukanlah suku pribumi di tempat tinggal mereka sekarang. Menurut definasi ini, bilangan orang Cina seberang laut berkaum minoriti kira-kira 7 juta, iaitu 8.4% populasi orang Cina seberang laut menurut definasi lebih luas.[1]

Orang Cina seberang laut

Singapura 2,684,936
Myanmar 1,101,314
Kanada 1,612,173
Filipina 1,146,250
Perancis 230,515
Belanda 144,928
Korea Selatan 137,790 [perlu rujukan]
United Kingdom 296,623
Malaysia 7,070,500
Kemboja 343,855
Thailand 7,153,240
Jepun 519,561
Pulau Krismas, Australia 1,045
India 189,470
New Zealand 147,570
Rusia 998,000
Vietnam 1,263,570
Amerika Syarikat 3,376,031
Panama +100,000
Brazil 151,649
Australia 614,694
Peru 1,300,000
Laos 185,765
Indonesia 7,566,200